salji dalam blog- pink

welcome blog


Friday, 14 September 2012

life di UKM

assalamualaikum  

hari ni dah masuk hari yang ke-13 dah aku tinggal di bumi UKM dan hari ni merupakan hari yang ke-4 aku belajar di UKM . kenapa 4 hari je , bukan 5 hari ? sebabnya hari isnin aku takde kelas langsung . muahaha heaven gila . haha . actually , pagi tadi ada kelas aplikasi komputer under Puan Noor Faridatul Ainun Zainal . bagi aku , kelas aplikasi komputer ni tersangat lah BEST !  sebab apa aku kata camtu , adalah sebab dengan wujudnya blog ni adalah hasil daripada pembelajaran dari kelas ni . puan faridatul la yang ajar kitorang membuat blog daripada A-Z . thanks madam ! semasa proses nak buat blog ni , aku takde any problem sangat sebab dapat PC yang cantik menarik tertarik kau memang the bom . haha line internet pon cantek . ALHAMDULILLAH . tapi kesian kat kawan-kawan kelas aku yang lain laaa sebab dapat PC yang line internetnya lembap sebab telah dirampas oleh PC aku dan PC kawan-kawan aku yang lain . haha . sorry friends !  


sepanjang berpindah 'rumah' di UKM ni , bermacam-macam feeling ada . happy , sedih , semangat . tapi majoriti feeling sedih tu ada dalam diri aku . bukan sebab takde kawan , takde duit nak makan . kalau diikutkan duit cukup lagi buat masa sekarang . kawan pon ramai . lebih-lebih lagi dari Kolej Matrikulasi Perlis ( KMP ) . tapi sebab aku rindukan famili di rumah . huahua tak pernah aku rasa se-homesick macam ni bila aku berjauhan dengan mereka . even masa aku belajar kat KMP , aku takde la rasa homesick tahap tiap-tiap malam nak call mak . sedihnya ! nak berjurai air mata bila rindu mak . huhu . ingat nak balik minggu ni , tapi sebab demam aku tak recover sepenuhnya , mak suruh aku rehat je dalam bilik kat kolej tu . dah nak masuk 3 minggu dah tau aku demam batuk selsema . demam dah oke dah setakat ni , batuk selsema ada lagi . mohon kawan-kawan doakan aku cepat sembuh ! terima kasih . masa minggu orientasi hari tu pon aku tak join sangat pon . asyik duduk dalam bilik rawatan ( BR ) je . sedih tak dapat join . haha sedih lagi . sabar je lahhh . ALLAH suka hamba-Nya yang sabar . oke lahh nak stop sini dulu . disebabkan aku pinjam laptop roomate aku , tak boleh la nak lama-lama kan ? laptop aku sampai isnin ni . sabar lagi lahh kan . haha oke assalamualaikum :D  

No comments:

Post a Comment