salji dalam blog- pink

welcome blog


Thursday, 20 September 2012

my tugasan - software


ASSALAMUALAIKUM


Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kat Puan Faridatul sebab lambat post kerja group ni. Untuk pengetahuan Puan , ahli kumpulan kami tersangat lahh busy sebab 3 orang daripada kami , iaitu saya , ida dan lak or terlibat dalam perbarisan untuk Hari Malaysia peringkat UKM pada 19/9/2012 baru-baru ini. So, minggu ni kiteorang sangat busy memandangkan balik kelas pon petang. Malam kiteorang kena berlatih kawad untuk perbarisan tu. Hmmm sangat letih sebenarnya. Tapi disebabkan kolej kami , iaitu Kolej Keris Mas (KKM) berjaya mendapat no.1 dalam perbarisan , rasa letih itu hilang serta-merta. :) Okey saya tipu sebenarnya rasa letih tu hilang. Sebenarnya ada lagi sebab tak cukup tido. Hehe :) hmm kitorang ingat nak buat time last weekend , tapi ada ahli kitorang balik umah , so tak dapat la buat. Hmm so lastly kitorang bincang jugak semalam memandangkan esok dah due date tugasan ni sebelum pegi kelas aplikasi komputer. Hehe maafkan kami ! maafkan kami ! maafkan kami ! ( oke sila nyanyi macam dalam cerita P.Ramlee tu ek ) :)

Untuk tugasan group tu, kitorang kena cari maklumat tentang “ What is software ? “Kitorang just buat simple-simple sebab Puan Faridatul taknak kitorang buat macam nak buat satu karangan panjang. Just simple tapi pengisiannya PADAT lagi TEPAT. So, ni lahh hasil tugasan kitorang. :D



Definisi software :

Software adalah komponen dalam sistem pemprosesan data yang merupakan program-program dan teknik-teknik untuk mengawal sistem. Ia juga merupakan sejenis program yang digunakan untuk mengoperasikan komputer dan peralatannya.



Fungsi software :

• Mengenalpasti program

• Menyiapkan aplikasi program agar jalan kerja seluruh peralatan dapat dikawal

• Mengatur dan membuat pekerjaan lebih efisien



Jenis software :

1. Operating sistem software yang merupakan sumber dari software lainnya yang dapat memastikan software lainnya turut berjalan. Contohnya Window Vista, Mac OS X dan Linux.
2. Software Driver Program dapat memastikan komputer untuk dapat berinteraksi dengan perangkat hardware tambahan seperti printer, scanner, dan video cards.
3. MLM Software contohnya e wallet dan strategic management report.
4. Application System iaitu Microsoft Office yang berfungsi untuk menaip atau mengolah data seperti Microsoft Word manakala Microsoft Excel untuk aplikasi jadual dan Microsoft Powerpoint adalah keperluan persembahan.
5. Software Games - Jenis software ini termasuk dalam kategori entertainment atau hiburan. Contohnya MMOs (Massive Multiplayer Online games), first-person shooters, action games, roleplaying games, and game petualangan.
6. Media player dan pengembangan software media ialah software yang dibuat untuk memainkan atau mengedit media digital seperti file music atau video.


Contoh software yang biasa digunakan :

    Microsoft Word


    Microsoft Power Point
  •                                                                                                                                                                                                                                                                                     
Anti Virus


Winamp


      Oke , saya rasa sampai di sini saja dapat saya berikan maklumat tentang software ni. Saya harap kawan-kawan pon boleh menggunakan maklumat ini sebagai rujukan kelak. So , that’s all from me. Thanks :)


 

No comments:

Post a Comment