salji dalam blog- pink

welcome blog


Sunday, 9 December 2012

PENCURI TEGAR

ASSALAMUALAIKUM 

Malam ni aku nak cerita pasal si pencuri yang suka mencuri barang-2 aku. Sejak masuk ukm ni, dah 3 benda dah barang aku hilang. First berus kain plastik. Second syampoo rambut sunsilk calour hijau. Third sudu besi yang aku guna untuk makan. Even barang-2 aku yang hilang tu semua macam benda kecik je, tapi aku berasa kehilangan mereka. *ayat aku takleh bla ! hahaha* Yela kan, barang-2 tu aku beli semua guna duit gaji aku. Mana tak rasa hilangnya :( Betol la kata orang, barang-2 yang kita beli pakai duit kita sendiri lebih bermakna berbanding pakai duit orang lain. Aku tak tau kenapa si pencuri tu suka curi barang aku ? Bila aku cerita kat kawan-2 aku, diorang sume pelik kenapa barang yang kecik tu pon dia nak curi. Si pencuri tu dengki sangat ke kat aku sampai nak curi barang-2 aku ? Aku ada buat salah ke kat si pencuri tu ? Aku rasa sejak aku duduk bilik 119 blok 12 Kolej Keris Mas ni, berapa kerat je aku kenal. sorang dua je rasanya. Yang lain aku tak kenal sebabnya masing-2 macam sombong taknak kenal orang lain. Phuiii ! Sape laa yang curi barang-2 aku ni ? Nama pon pencuri kan, sape laa yang baik sangat nak admit dia tu pencuri. Kau ni memang dah desperate sangat ke sampai barang-2 tu pon kau nak curi ! Panas betol laa aku. 

                                                                 muka aku tengah marah


Lastly aku beli baru barang-2 yang hilang tu. Ada la dekat rm20 ringgit habis duit aku beli barang-2 tu. kalau diikutkan rm20 tu aku boleh makan dalam 3 hari tau tak ? Eeee geram pulak aku bila ingat balik. Sabar je lahh aku dengan orang yang takde rasa bersalah amek barang orang. Nanti bila tiba Hari Kiamat, kau tau laa nasib kau wahai si pencuri ! Atas dunia kau boleh laa amek hak aku, hak orang lain kan ? Nanti kat akhirat kau tak boleh lari dari semua tu. Pasti Tuhan akan balas segala perbuatan kau tu. So,  nak dijadikan lessons pada malam ni, jangan sesekali ambil/curi barang yang bukan milik kita. Kalau nak guna/pinjam barang-2 tu, mintak la izin dulu. Mintak baik-2. Jangan pentingkan diri sendiri sampai tak jaga perasaan orang lain. Kesian kat aku kau tau tak ? Aku ni bukan laa anak orang yang kaya-raya sangat kalau kau nak curi barang-2 aku. So, please beware of your things ! Jaga barang-2 kita elok-2. Jangan beri kesempatan pada orang yang tak berhati perut. Bye !

No comments:

Post a Comment