salji dalam blog- pink

welcome blog


Sunday, 30 December 2012


ASSALAMUALAIKUM :)

just nak post pasal assignment last group aku buat. assignment last ni kitorang kena buat video. so, kitorang pon buat video pasal tutorial shawl. so, let's watch out !


 



Sunday, 9 December 2012

MY PRECIOUS MOMENTS AT BROGA HILL

ASSALAMUALAIKUM

Sekarang aku nak story-mory pasal aku dan ahli-2 sekretariat sukan KKM pi Broga Hill. Sebenarnya benda ni tak rancang pon. Saje je main-2 usik Ubai suruh handle aktiviti nak pi Broga Hill. Lastly Ubai pon post dalam group Sekretariat Sukan sape-2 yang nak pi Broga Hill. Hahaha ini serious tau !  Bila aku baca post blog Diari Rindu Muhsin & Mira, aku teringin nak pi sana. Macam best je diorang pegi. Aku apa lagi. Terus tekan 'Join'. Haha. Bukan senang nak pi sana. So, nak dijadikan cerita, malam Sabtu baru-baru ni (means hari Jumaat malam) kitorang pon gerak. Kumpul kat kafe KKM pukul 3 pagi. Gerak pi Broga dalam pukul 3.30 pagi. Kuat mata aku menahan tak tido malam tu. Pening kepala tu tak payah nak cakap laa. Berdenyut-2 kepala aku. Haha sambil-2 tunggu nak gerak kitorang amek gambar dulu. Hehe



antara mereka yang join



 jaksa sukan yang pakai tudung warna warni tu :D



kami comel. hihi :)


 budak-2 sektariat sukan :)

Lepas bergambar, kitorang pon gerak. Dalam pukul 4.30 pagi kami pon sampai kat Broga Hill. Time kami sampai tu, dah ramai dah yang sampai dulu. After stretching sume, kami pon dengan semangatnya panjat bukit. Tak sampai 10 minit aku dah letih. Haha curam gila bukit tu. Akhirnya kami sampai kat check point 1. Bukan dalam explorace je ada check point,  kat Broga pon ada check point tau ! Jangan main-2. Class gitu y'oull ! Haha


view sebelum subuh

kami dah nak sampai puncak Bukit Broga. YEAYY (Y)
 

 matahari dah mula nak terbit


 view semasa matahari terbit. cantik kan ? Subhanallah :)


time nak turun. serious curam. tengok ! aku nak jatuh ! 


  
akhirnya ...... selamat tak jatuh. pokwang penyelamat. hihi
 

 
masing-2 dah nak turun dari puncak


 peace ! saya dah berjaya panjat Broga Hill sampai puncak ! hehe


 Selangor yang indah :)


rehat bersama senior-2 yang sporting. haha


 bergambar sambil menikmati sinaran matahari


masing-2 muka letih. kami dah berjaya panjat Bukit Broga ! Yippi :D

Lepas penat + letih panjat Broga, kami pon pegi mandi air terjun dan BBQ. Memang best gila ! Semua sporting-2 belaka. Cayalahh korang ! Hahaha
 
 pintu masuk hutan lipur. sebelum masuk kena bayar tau. dewasa rm1 kanak-2 rm0.50


 Hutan Lipur Dan Hutan Pelajaran Sungai Tekala


 muka letih nak tido :P


 semua bekerjasama bawak barang-2 BBQ


 orang kuat aktiviti :)


 abg hafiz dan abg frankie


                                                   abg hafiz dengan barbeque grill


Lepas dah puas mandi berendam makan minum, kami pon berangkat pulang KKM. Masa balik KKM tu dah tengahari. Memang lama berkelah kat air terjun ni. Dari pukul 8 pagi sampai tengahari. Haha syok gila ! 

  
 aku rajin bawak plastik air je. Haha


                                                       aku dan pikah :)

Rasanya sampai sini saja yang boleh aku share kat korang. Thanks kepada senior-2 dan budak-2 sekretariat sukan sebab pengalaman manis ni. Aku takkan lupa precious moments with you alls. Sayang korang semua ! Hehe lastly, thanks korang sebab sudi baca :)






                                                             

PENCURI TEGAR

ASSALAMUALAIKUM 

Malam ni aku nak cerita pasal si pencuri yang suka mencuri barang-2 aku. Sejak masuk ukm ni, dah 3 benda dah barang aku hilang. First berus kain plastik. Second syampoo rambut sunsilk calour hijau. Third sudu besi yang aku guna untuk makan. Even barang-2 aku yang hilang tu semua macam benda kecik je, tapi aku berasa kehilangan mereka. *ayat aku takleh bla ! hahaha* Yela kan, barang-2 tu aku beli semua guna duit gaji aku. Mana tak rasa hilangnya :( Betol la kata orang, barang-2 yang kita beli pakai duit kita sendiri lebih bermakna berbanding pakai duit orang lain. Aku tak tau kenapa si pencuri tu suka curi barang aku ? Bila aku cerita kat kawan-2 aku, diorang sume pelik kenapa barang yang kecik tu pon dia nak curi. Si pencuri tu dengki sangat ke kat aku sampai nak curi barang-2 aku ? Aku ada buat salah ke kat si pencuri tu ? Aku rasa sejak aku duduk bilik 119 blok 12 Kolej Keris Mas ni, berapa kerat je aku kenal. sorang dua je rasanya. Yang lain aku tak kenal sebabnya masing-2 macam sombong taknak kenal orang lain. Phuiii ! Sape laa yang curi barang-2 aku ni ? Nama pon pencuri kan, sape laa yang baik sangat nak admit dia tu pencuri. Kau ni memang dah desperate sangat ke sampai barang-2 tu pon kau nak curi ! Panas betol laa aku. 

                                                                 muka aku tengah marah


Lastly aku beli baru barang-2 yang hilang tu. Ada la dekat rm20 ringgit habis duit aku beli barang-2 tu. kalau diikutkan rm20 tu aku boleh makan dalam 3 hari tau tak ? Eeee geram pulak aku bila ingat balik. Sabar je lahh aku dengan orang yang takde rasa bersalah amek barang orang. Nanti bila tiba Hari Kiamat, kau tau laa nasib kau wahai si pencuri ! Atas dunia kau boleh laa amek hak aku, hak orang lain kan ? Nanti kat akhirat kau tak boleh lari dari semua tu. Pasti Tuhan akan balas segala perbuatan kau tu. So,  nak dijadikan lessons pada malam ni, jangan sesekali ambil/curi barang yang bukan milik kita. Kalau nak guna/pinjam barang-2 tu, mintak la izin dulu. Mintak baik-2. Jangan pentingkan diri sendiri sampai tak jaga perasaan orang lain. Kesian kat aku kau tau tak ? Aku ni bukan laa anak orang yang kaya-raya sangat kalau kau nak curi barang-2 aku. So, please beware of your things ! Jaga barang-2 kita elok-2. Jangan beri kesempatan pada orang yang tak berhati perut. Bye !