ASSALAMUALAIKUM :)
Firstly, sorry banyak-2 sebab dah lama tak update blog. Update pon sebab hantar tugasan aplikasi com. Hehe. Life dekat U memang agak busy sikit laa bagi aku. Sebab tu tak update-2 blog aku ni. Hmm so petang ni, aku rasa aku nak story-mory laa kat korang pasal midsem break ni.
Midsem break kat UKM just seminggu je. Aku rasa semua Uni macam tu sebab nak pendekkan masa belajar. Sebab tu cuti pon dipendekkan. Takpe-2. Redha je lahh aku. Hmm actually hari ni dah masuk hari yang ke-5 dah aku cuti bersama family. Naik bas pagi sabtu and sampai Dungun petang tu jugak. Pagi tu tiket aku pukul 9 pagi. Pukul 8 aku dan Azrah dah terpacak dah kat bus stop KKM sebab nak tunggu bas RapidKL datang. Tapi bas tak muncul-2. Haihhh risau aku. Kejap-2 tengok jam. Aku tengok Azrah. Azrah tengok aku. Hahaha. And then, dalam pukul 8 setengah lebih macam tu, bas baru lahh datang. Aku dan Azrah dah nervous dah sebab takut tertinggal bas. Huhu. Tapi selamat kami sampai Hentian Kajang dalam pukul 9.05 macam tu. Keluar je bas RapidKL terus kitorang berlari cari bas. Dah tak salam tak wish goodbye dah. Haha. Takut punya pasal. Azrah naik bas Sani, aku naik bas Adik-beradik. Aku pon naik la bas tu. Rupa-rupanya driver tu tunggu aku tau ! Sebab aku naik je bas terus bas gerak. Fuhhh nasib baik driver tu tak tinggal aku ! Terima kasih abang driver. Heee :D
Dari Kajang ke Dungun ada la dalam 8 jam hari tu sebab hari tu bas rosak. 2 kali rosak. First dekat tol Gambang. Second dekat traffic light depan Politeknik Dungun. Betul-2 depan tu. Aku pelik sebab kete dok hon-2. aku pon tengok la kot cermin. Rupa-rupanya bas takleh nak gerak. Aku pon call ayah bagitau bas rosak lagi. Ape lagi, ayah pon suruh aku turun depan Poli and tunggu mak ambek. Hee dan akhirnya dalam pukul 6 lebih aku sampai rumah. Alhamdulillah selamat sampai :D
Perangai aku bila dah duk kat rumah memang tak buat esaimen. Dari dulu sampai sekarang ! Dulu masuk asrama. Bila balik rumah memang tak buat homework. Sekarang masuk U. Bila balik rumah memang tak buat esaimen. Buku tu aku bawak balik je. Kot-2 la rajin nak buat. Tapi setakat ni aku tak buat lagi la. Haha. Rajin kan aku ? Hajat di hati memang rasa nak buat. Selalu je niat "Lepas makan nanti, nak buat makro lahh" . Tup tup tak buat pon. Bukak lappy online je memanjang. Hahaha
So, sekarang ni aku ada kat kampung. Kat rumah mak sedara aku. Sampai sini petang Selasa dan esok ayah aku datang amek. Best duk kat kampung ni. Tiap-2 hati aku makan udang galah. Syokk gila lahhh. Haha. Kalau duk kat rumah tak merasa lah aku sebab udang galah kan mahal. Kalau duk kat kampung free je. Pegi tangkap sendiri. Weee best best ! Tapi bukan aku lah yang tangkap udang tu. Pak sedara aku lah yang tangkap. Haha. So, nak highlight kan kat sini "BALIK KAMPUNG MEMANG BEST + SYOKK". Kalau bab makan memang aku no 1. Tapi badan tak naik-2, tak tinggi-2. Haha. Bersyukurlah apa yang dianugerahkan :D
udang dalam sangkar :)
beli-2 ! 2 singgit :D
besar gila udang ni. Haha
Aku rasa sampai di sini je la aku citer hidup aku sepanjang cuti ni. Oh ye ! Lupa nak bagitau. Esok dah masuk 1 Muharram. Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun. So, di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada semua
umat islam. Semoga tahun baru ini lebih berdaya maju dan terus mencapai
kejayaan di dunia dan akhirat. Amin ! Jom kita tutup buku lama dan buka buku baru. Mintak maaf atas segala kekhilafan dan kekurangan diri. Salam Maal Hijrah :D
doa akhir dan awal tahun



